Friday, November 6, 2009

STEVIA WIN GULA TEBU

STEVIA BUKAN SAJA INDAH PADA NAMA TETAPI UNIK KERANA KHASIAT DIHASILKAN DAUNNYA BOLEH MENGGANTIKAN GULA Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh secara liar di Paraguay dan Brazil. Kandungan glycosides di dalam daunnya dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

EXTRACT GULA STEVIA BERPOTENSI MASA DEPAN



Hasil daun dan ranting pokok Stevia boleh dijadikan extrak gula bagi menggantikan gula dari pokok tebu dan beet. Pengilang makanan dan minuman kini berlumba-lumba menggunakan gula Stevia sebagai pemanis di dalam produk keluaran mereka. Pasarannya terjamin setelah ianya diluluskan oleh USFDA sebagai makanan tambahan. Ianya dapat menggantikan gula biasa. Masa depan Gula Stevia amat cerah kerana permintaan tinggi oleh industri produk makanan dan minuman. Gula, Sukrosa, Aspartame telah menurun permintaanya kerana ia banyak memberi kesan yang tidak baik kepada pengguna. Di negara Jepun, 60 % pemanis dalam produk makanan dan minuman mereka menggunakan Gula Stevia.




APAKAH SIKAP FDA TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia,dan ianya boleh di guna sebagai bahan ubatan.Tetapi pada 17.12.2008, FDA telah menerima Stevia sebagai' Generally Recognized as Safe ' (GRAS) dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan.Mulai dari tarikh ini berlumba-lumbalahpembuat minuman gergasi dunia seperti Coca-Cola, PepsiCola, Cargilldan pembuat makanan Nestle menggunakanStevia sebagai pemanis untuk makanan dan minuman.


Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?·

Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang Justify Fullg kepada pertambahan berat badan.·

Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.



Langkah untuk mengurangkan pengambilan gula

Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk. Perkataan glukosa, sukrosa, fruktosa, dekstrosa, madu, gula perang dan semua jenis sirap bererti gula.·


Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis. Catatan ini termasuk minuman manis (kopi, teh atau jus buah ketika sarapan), sajian pencuci mulut (kuih-muih, snek, gula-gula atau kek. Melalui cara ini, anda boleh membuat penilaian berapa banyak makanan manis yang anda ambil dalam masa sehari atau seminggu.·

Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam. Jika selama ini anda minum minuman manis, kurangkan kemanisan minuman anda. Pastikan anda juga meminta segelas air masak bersama minuman manis bagi menambah pengambilan air masak.·

Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula. Ini bersamaan dengan saranan pengambilan gula harian daripada makanan dan minuman. Minuman ringan adalah sumber gula tambahan paling utama dalam diet kanak-kanak Amerika Syarikat. Senario ini tidak banyak berbeza dengan keadaan kanak-kanak di negara kita yang dibesarkan dengan pelbagai minuman ringan. Justeru, tidak hairan jika masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia turut meningkat.·

Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis’.· Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan.

TERKINI STEVICO MALAYSIA MENGELUARKAN PRODUK BERASASKAN STEVIA YANG MEMPUNYAI NILAI PEMAKANAN YANG SANGAT BERKUALITI UNTUK KEHIDUPAN ANDA .

PRODUK STEVICO
1. STEVICO - EKSTRAK PROTEIN KACANG PEA DENGAN HORNY GOAT WEED.
2. STEVICO - CHOLEST CONTROL FIBRE CAMPURAN GANDUM LIAR DIYARBAKIR TURKI DENGAN LARCH MERAH SIBERIA.
3. STEVICO - EKSTRAK TOMATO MERAH LIAR BRAZIL.
4. STEVICO - SEMULAJADI BROCOLI / SPINACH LUTEIN ZEAXANTHIN.
5. STEVICO SWEETERMIX - CAMPURAN PEMANIS SEMULAJADI EKSTRAK STEVIA DENGAN GULA
BEKALAN BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA :
AMIN PROTECH ENTERPRISE
TELUK INTAN.
HP: 012-5073007.

PERSOALAN PEMANIS STEVIA

POKOK STEVIA
BEKALAN ANAK POKOK, DAUN KERING DAN PRODUK HASIL PROSES STEVIA
BOLEH DIPEROLEHI DENGAN MENGHUBUNGI :
AMINKANDA : 012-5073007


TAWARAN KEPADA PENGGUNA DAN PENGEDAR YANG BERMINAT


INTRO




Setelah sektor pembuatan dan perkhidmatan mengalami kemerosotan teruk di seluruh dunia, projek pertanian adalah satu alternatif kerana pertanian mampu mengeluar makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan pengguna.
Malaysia juga menumpu perhatian kepada sektor pertanian. Perdana Menteri baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberi penekanan supaya pertanian di pertingkatkan.
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan masalah kekurangan gula. Masalah kekurangan gula ini sedikit sebanyak dapat di atasi dengan pengeluaran bahan pemanis alternatif.
Satu-satu tanaman yang dapat menghasilkan gula alternatif ialah Stevia Rebaudiana yang ekstraknya mempunyai kemanisan melebihi 200-300 kali manis daripada gula tebu atau gula beet. Stevia Rebaudiana mengandungi zero calories, tidak mempunyai kabohidrat dan tidak bertoksik.
Kini, Food and Drug Adminstration Amerika Syarikat (FDA) telah memberi kelulusan kepada Stevia diguna sebagai makanan tambahan. Sebelum ini di atas tekanan pembuat pemanis tiruan yang mengguna bahan beracun aspartame memakai jenama Palsweet dan Equal, FDA mencegah penggunaan Stevia melainkan hanya sebagai bahan ubatan
.


INFORMASI BERHUBUNG STEVIA REBAUDIANA

Apa dia Stevia ?

Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh liar di Paraguay dan Brazil. Kandungan Glycosides di dalam daunnya termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

Kaum Gurani telah menggunakan Stevia sebagai pemanis hampir 1500 tahun dahulu.

Berapa banyak jumlah Stevia diguna seluruh dunia ?

Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun. Jepun telah mengguna Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan kadar 60% penggunaan gula. Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan Negara-negara Pacific Rim telah beralih penggunaan dari pemanis tebu dan beet kepada Stevia.

Apakah sikap FDA terhadap penggunaan Stevia ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia dan ianya boleh diguna sebagai bahan ubatan. Tetapi pada 17/12/2008, FDA telah mengiktiraf dan menerima Stevia sebagai “ Generally Regarded As Safe “ (GRAS) dan boleh diguna sebagai makanan tambahan.

Di mana Stevia ditanam ?

Sebahagian besar Stevia ditanam di Paraguay, Brazil, China dan Jepun serta Negara Pacific lain seperti India, Thailand dan terkini di Malaysia.
Adakah Stevia diguna didalam pembuatan makanan ?

Pertama, ianya diguna sebagai pengganti kepada gula dan gula tiruan.
Kedua, ianya diguna dengan meluas di Jepun di dalam pembuatan makan dan gula-gula seperti Wrigley’s gum tanpa gula; Beatrice Food mengguna Stevia untuk Yogurts dan diet Coke yang
dikeluarkan oleh Coca-Cola. Juga diguna di dalam membuat jeruk asam, makanan laut kering dan beberapa jenis makanan lain.

Adakah Stevia selamat diguna ?

Keseluruhannya Stevia adalah herbal asli dan telah di guna oleh kaum Gurani di Paraguay lebih 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksik. Dengan tidak mempunyai calorie dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk diguna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 manis daripada gula. Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95% steviosides) didapati 200-300 kali lebih manis dari gula biasa.
Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

Bolehkah Stevia menggantikan pemanis tiruan ?
Tentu sekali. Dijangka di dalam masa yang singkat ini Stevia akan diguna melebihi 20% penggunaan pemanis untuk pembuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.

Berapakah kandungan calorie dalam Stevia ?

Tiada langsung. Ekstrak Stevia adalah bebas calorie.

Adakah Stevia menambah kandungan gula dalam darah ?

Oleh sebab ianya tanpa calorie, ia tidak akan menambah kandungan gula dalam darah.

Bolehkah pesakit Diabetes mengguna Stevia ?

Tentu sekali. Ianya boleh diguna kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.

Bolehkah Stevia diguna bersama pemanis lain ?

Tentu sekali. Tetapi ianya hendaklah diguna dalam keadaan sederhana. Pemanis tiruan disarankan tidak diguna sama sekali.

Adakah Stevia merosakkan gigi ?

Tidak sekali. Bahkan Stevia menghalang pertumbuhan plaque dan menghalang kerosakan gigi.

Bolehkah Stevia di guna dalam masakan dan membuat kek/roti ?

Tentu sekali. Stevia didapati heat stable dan diguna meluasnya di Jepun.

Adakah Stevia mengandungi vitamins dan minerals ?

Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap (volatile oil), termasuk Rutin dan B-Sitosterol. Tetapi setelah dijadikan ekstrak maka kandungan nutrients adalah sedikit menurun.

Bagaimanakah ekstrak dihasilkan ?

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Syarikat gergasi Stevico di Jepun menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu Nano Steam.

Bolehkah saya hasilkan sendiri Stevia ?

Boleh. Cecair ekstrak Stevia boleh dihasilkan daripada daun Stevia atau Stevia powder. Campurkan daun yang disukat kadarnya atau Stevia powder dengan USP grain alcohol (Brand or Scoth) juga boleh diguna. Biar campuran selama 24 jam. Tapiskan cecair yang telah dibiar selama 24 jam itu dan campurkan sedikit air untuk mengurangkan rasa pahit. Alcohol boleh diasingkan dengan panas (tidak mendidih) sehingga alcohol kering meninggalkan residue ekstrak.

HASIL EKSTRAK STEVIA SUDAH ADA DI PASARAN DI BAWAH JENAMA STEVIKO:

HUBUNGI : AMINKANDA 012-5073007



Berapakah faktor perbandingan Stevia powder dengan gula biasa ?

Stevia adalah 10 hingga 15 kali manis daripada gula. Tetapi ekstrak Steviosides adalah 200 hingga 300 kali manis daripada gula dan perlu diguna dengan berhati-hati (berhemat).

Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia yang kosnya hanyalah sekitar USD 0.40, iaitu 15 kilo gula biasa sama manisnya dengan 1 kilo Stevia ekstrak.

Adakah Stevia akan menukar warna makanan ?

Powder Stevia berwarna hijau mungkin akan mempengaruhi warna makanan. Untuk mengelakkan perkara ini, cecair Stevia yang tidak berwarna patut digunakan.

Apakah pembungkusan Stevia untuk di pasar ?

Ekstrak Stevia di pasar secara cecair, capsule, tablet atau secara powder. Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh uncang.

Bolehkah rasa pahit Stevia dihapuskan ?

Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, telah menemui kaedah prosesan yang boleh menghilangkan rasa pahit. Ini bermakna tiada perbezaan rasa pemanis Stevia dengan gula biasa.


Stevia Rebaudiana adalah pokok anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai.
Stevia berasal dari Paraguay dan ekstraknya mempunyai kemanisan 200-300 kali gula biasa. Daun tanpa proses adalah 15 hingga 30 kali manis daripada gula biasa.
Sejak 1500 tahun dahulu kaum Indian Gurani telah mengguna Stevia sebagai pemanis dan juga sebagai ubatan tradisional.

Stevia tidak mempunyai calorie dan karbohidrat.

Dimana Stevia Ditanam

Stevia di tanam secara komersial di negeri China, Jepun, Paraguay, Uruguay, Brazil, Negara-negara Amerika Latin, India, Canada dan beberapa negara timur jauh.

Cara-Cara Penanaman

Stevia ditanam mengguna potongan dahan atau pokok.
Sesetengah mengguna biji tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten.

Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak menakung air.
pH tanah pula 5.0-8.8 dan suhu ialah 16 – 29 C.
baja yang diguna mestilah jenis organik.

Dalam 1 ekar, 5000 pokok mampu ditanam dengan jarak 18 inci di antara pokok dan 20 inci hingga 24 inci di antara baris.
Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas selebar 48 inci dan ditutup dengan plastik pertanian.
Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting pokok.
Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.

Hasil

Hasil adalah daun dan ranting pokok.
Pokok Stevia mula boleh dituai selepas 3-4 bulan penanaman.
Selepas itu setiap bulan daun Stevia beserta dahan boleh dituai.
Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.

Tiap pokok dianggarkan dapat menghasilkan sebanyak 200 gm setahun.
Anggaran pendapatan hasil daun ialah 1 juta gm 1 ekar 1 tahun.

PERHATIAN : KINI BEKALAN ANAK POKOK, DAUN KERING DAN PRODUK HASIL STEVIA BOLEH ANDA PEROLEHI DENGAN MUDAH :


HUBUNGI : AMIN PROTECH ENTERPRISE - HP 012-5073007


KEGUNAAN

- Bahan Pemanis kepada makanan.

Masakan harian
Kek, kueh mueh
Biskut, yogurt
Ais-krim, gula-gula dll.

-Minuman

Dicampur dengan teh, minuman mascotek, misai kucing dsb.
Coca-Cola, PepsiCola, Cargill telah mengeluar minuman tanpa calorie.

-Perubatan Tradisional – Mengubati Diabetes

Mengubati Diabetes, Merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik, obesiti dan Agen mengawal berat badan
Agen anti –plaque
Membunuh bacteria, kulat, virus

Negara Jepun kini mengguna lebih daripada 60% pemanis untuk pembuatan makanan dan minuman adalah Stevia.

Kelulusan FDA

FDA telah mengiktiraf Stevia sebagai “ Generally Regarded As Safe “ (GRAS) dan telah memberi kelulusan Stevia sebagai makanan tambahan pada 17/12/2008.
Mula tarikh itu berlumba-lumbalah pembuat minuman dan makanan mengguna Stevia sebagai pemanis.

Masa Depan Stevia

Dengan kelulusan FDA itu, prospek tanaman pemanis Stevia adalah sangat cerah.
Bahkan ianya boleh mengganti gula biasa.
Dijangkakan dalam masa terdekat ini 20% hingga 30% pemanis global adalah Stevia.

Pembuat pemanis tiruan mengguna aspartame dan sucralose telah kehilangan permintaan kerana ianya memberi kesan sampingan yang tidak baik kepada kesihatan.

PELUANG NIAGA

PRODUK STEVIA INI BOLEH ANDA PEROLEHI DALAM BENTUK :

ANAK POKOK, DAUN KERING, & HASIL PROSES STEVIA ATAS JENAMA STEVICO.
HUBUNGI
AMIN PROTECH ENTERPRISE: HP 012-5073007
TELUK INTAN,
PERAK